Baked macaroni pengikat silaturrahim-Buat jiran ana..
Selalunya kalau bab-bab menukar hidangan ni,ana lebih prefer masakan yang simple buat jiran-jiran arab.Maklumlah mereka kurang makan pedas & kebanyakan masakan mereka ada rasa masam-masam sikit seperti tomato.Tapi bukan sahaja buat jiran,buat anak2 juga yang kurang makan nasi ,mereka lebih suka makan macaroni ataupun spaghetti..
Baked Cheese Macaroni
Ingredients
300 gm macaroni
250 gm daging or ayam cincang
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
200ml full cream milk
200g Cheddar cheese (kraft)
Shredded mozzarella cheese
(bahan-bahan di bwh ni boleh adjust ikut kesesuaian.. )
½ carrot (dipotong dadu)
1 potato (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang
minyak zaitun utk menumis & garam
Preparation:
Macaroni direbus bersama sedikit minyak zaitun for 5 minutes until half-cooked.
Tumiskan bawang besar tadi sehingga naik bau.
Masukkan daging or ayam cincang tadi sehingga separuh masak….
Then masukkan carrot ,potato, & cendawan ,kacau rata sehingga daging masak..
Selepas itu masukkan susu, Cheddar cheese & garam.. kacau rata
Masukan macaroni dan kacau hingga mendidih….
Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak zaitun..
Taburkan Shredded mozzarella cheese diatasnya
Bake uncovered until the top is brown…..
Taraaaaa Sedia utk dihidangkan!
Bolehlah makan dgn cili sos..ana suka yg original
Dan jiran ana membalas ala2 Baked cheese macaroni,tapi mengunakan spaghetti dan telur sedikit cheese dan dibakar dalam oven...
Begitulah adat hidup berjiran,walaupun kami bercakap seperti ayam ngan itik..hihihi silaturrahim tetap terjalin sesama muslim...
Safura Khir


No comments:
Post a Comment