Assalamualaikum. .
Malam di Saudi...Inilah kerja ibu, menulis nama pada setiap key chain untuk dihadiahkan kepada sahabat-sahabat sekelas Amirah Dafina KG 3 & Amirah Faqiha KG 2 (British Islamic School)..Khamis ni adalah hari terakhir mereka di sekolah sebelum bercuti panjang untuk masuk ke semester baru bulan September nanti..Apa maksud tu ya..hehehe wahh tak sabar nak pulang ke Tanah Air tercinta, berjumpa dengan Mak Abah , adik beradik , sedara - mara, sahabat handai dan yang kedua rindu adalah masakan Malaysia.. :) (Boleh gemuk ni duduk kat Malaysia dalam 2 bulan)
Al-kisahnya, Dafina seorang pemurah..setiap kali pulang mesti dia akan buat sesuatu untuk diberikan buat sahabat serta teacher di kelasnya..Kadang-kadang ibu pun terjebak dengan aktiviti kakak ni..Disuruh nya ibu buat envelope..painting..flower & banyak lagi..Satu hari balik dari school Dafina meluahkan perasaannya kat ibu..Ibu..Dafina luv Teacher Sukaina..Ibu macam dah dapat agak apa yang nak diperkatakan oleh Dafina..hehehe.Can we buy necklace for T.Sukaina & ring for my friends..terkebil - kebil mata ibu memandang anak ku yang sorang ni..Ibu pun jawab..Insha Allah we buy souvenirs for your teacher & friends...Memang sifat anak2, setiap hari dia akan tanya sehingga dapat apa yang dihajati di tunaikan..Sebagai Ibu , kita kena sabar dan tahu cara terbaik untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan anak2..selalu bagitahu mereka..InshaAllah ..InshaAllah..
Lama juga barang yang ditunggu sehingga 2 bulan lamanya, ibu menasihati Dafina disuruhnya bersabar. .:) Alhamdulillah barang yang ditunggu telah sampai di Riyadh..Dafina sangat gembira melihat keychains yang melambangkan Malaysia. .Bukan Dafina sahaja yang dapat malah Faqiha pun tumpang sekaki dengan idea murni kakak nya yang sorang ni.Terima Kasih Uncle Khairul yang sudi melayan karenah ank2 kecil ini..Terima kasih juga buat Uncle Mie Mie yang menambah keychains yang kurang..Moga Allah membalas jasa kalian berdua..
Pos Laju
Souvenirs
From Amirah Dafinah & Faqiha
Safura Khir



No comments:
Post a Comment