Sunday, 27 April 2014

Pengenalan Part 2

sambungan dari pengenalan part 1.......



Bekerja di ACLA Malaysia selama 2 tahun ,banyak dugaan dalam menjadi seorang Landscape Architect...bekerja 24/7 uisssshhhhh sangat meletihkan..tapi hari-hari dapat belajar sesuatu yang baru dari senior2 yang hebat serta boss yang ' brilliant ' .. Mata panda .balik lepas subuh , mandi ,sarapan dan datang balik...cont kerja untuk menghasilkan design yang terbaik...hihihi kenangan lepas grad kene bulikan......ok cut kat sini




2006 -DUBAI..

Rezeki selepas nikah - (kalau nak kaya kawin) :) ..terbanglah ana bersama suami ke Dubai (ingatkan Dubai kat india...hihihi) United Arab Emirates, tanah arab yang pertama ana jejak & 1st time ke oversea..Excited,gementar ,takut & gelisah , semua ada..maklumlah ana mafi arabic.'tidak pandai berbahasa arab'......tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Dubai!!!!!!! aku datang........



Peta UAE-Dubai adalah salah sebuah negeri dari 7  buah negeri,manakala Abu dhabi adalah ibu negara UAE.


1st EID (Hari raya) di tanah Arab bersama suami serta sahabat sekelas- seofis -(dari Utm,Acla ,Dubai & sampailah ke sini Arab saudi)


with my Imam , my best friend, my soulmate , my husband till Jannah..InshaAllah


Pejam celik dah 2 tahun kami di Dubai (hadiah honeymoon kami dari big boss) bekerja di Acla-Hyder Consulting, menghasilkan masterplanning serta landcape design yang menghijaukan bumi Arab.Dalam hati berkata, SubhanAllah,MashaAllah padang pasir bertukar menjadi hijau ditumbuhi pokok-pokok,rumput serta bunga yang berwarna -warni dengan kehendakNya..Penduduk emirati (UAE) tidaklah ramai ,kepadaatan penduduknya lebih expatriates dari warganegara asal.Tetapi mereka adalah dikalangan orang arab yang baik pertama ana jumpa.Kerja..24/7 again tapi tetap enjoy.. jalan-jalan ,makan-makan & terokai belajar budaya orang arab,makan cara orang arab tapi masih tidak pandai lagi berbahasa arab..Maklumlah pengunaan bahasa seharian di ofis adalah bahasa Inggeris..Orang arab pun berbahasa Inggeris :) jadi ana pun kurang untuk belajar bahasa Arab (dalam hati ruginya) :)


    Deira,Gold souq,Ajman,Fujeirah,Global village-UAE





    Sharjah,Burj Al-Arab,Emarati,Burj Khalifah , Gold souq-UAE



Safura Khir

Kenapa Safura memilih Suplemen Shaklee

Kenapa Anda Perlu Mengambil Suplemen ????



1 Terlampau masak Makanan .Orang Malaysia mempunyai tabiat yang kurang baik dalam memasak makanan seharian yang menyebabkan kerugian besar nilai pemakanan , bermakna jauh lebih sedikit vitamin, mineral, antioksidan dan enzim untuk pergi sekitar. Apa lagi, makan makanan ini habis masa ke masa mewujudkan set sendiri masalah kesihatan. Memasak terlalu lama   menyebabkan hilangnya khasiat dalam makanan . Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, menggunakannya/memakan dalam keadaan mentah ( tidak dimasak ) mungkin adalah cara yang terbaik.



2. Tidak Makan Makanan yang kerap . Jadi ramai orang skip makan. Mengambil biskut  atau donat sambil meminum kopi yang banyak dan bergegas ke tempat kerja TIDAK membentuk makan yang seimbang. Memilih makanan "semua- anda-boleh - makan" contoh nya bufet ataupun makanan berlauk yang bersantan dalam kuantiti banyak sekali gus ,adalah kurang baik dalam sistem penghadaman dan akhirnya akan menyebabkan banyak gejala tidak selesa .



3. Penuaan Biasa =Isu Penghadaman . Semakin meningkat usia kita , badan kita menghasilkan kurang enzim, termasuklah semua fungsi2 yang penting  diperlukan untuk mencernakan dan menyerapkan makanan yang kita makan. Akhirnya , ini menyebabkan kompilasi dalam perut , seperti pedih ulu hati , sakit perut dan sembelit yang kronik.



4. Tekanan + Tekanan, + Tekanan = dikompromi Sistem Imun. Kita semua menjalani kehidupan yang sibuk dan sebahagian daripada kita lebih sibuk daripada yang lain! Antara komitmen untuk keluarga, sekolah, tempat kerja, komuniti,  dan kewajipan lain, kehidupan kita tertekan hingga ketahap maksima ! Semua tekanan ini mengambil menganggu sistem badan kita dan melemahkan sistem imun kita. Mengambil suplemen boleh membantu untuk merapatkan jurang itu dan memberi badan kita beberapa nutrisi yang diperlukan untuk berfungsi secara optimum.


Sudah tentu,kita cuba mengambil makanan yang baik dan sihat. Tetapi mengambil kualiti, berasaskan makanan keseluruhan tambahan semula jadi dapat membantu ke arah  mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik .. Selain itu, jika anda yang bekerja menjalanii beberapa tabiat buruk ( melangkau waktu makan dan tidak makan makanan organik) , anda perlu ambil lebih!


(Hasil dari pembacaan artikel-artikel di internet oleh pakar2 nutrisi. sharing is caring :) )










Kebaikan dalam mengambil Suplemen


1. Suplemen dapat membantu badan kita  dengan menambah jumlah nutrien yang diperlukan dalam  pemakanan setiap hari. Terutamanya jika kita suka melewatkan waktu makan atau lebih teruk lagi ,memakan  makananyang diproses terlalu lama, terlalu masak , dan makanan yang tinggi kadar lemak.


2. Suplemen adalah salah satu komponen penting dalam gaya hidup sihat yang merangkumi kehidupan seharian spt senaman, tidur dan pemakanan yang lebih baik . Ada yang berpedapat, suplemen bukanlah sesuatu yang ajaib, 'ubat dari segala rawatan" , tetapi mereka pasti jauh lebih berbahaya daripada mengambil ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan kimia.


3. Orang yang terlampau sibuk dengan kehidupan yang sibuk - itu hanyalah tentang kita semua! -lebih banyak peluang dalam kearah kehidupan yang tertekan, yang boleh  melemahkan sistem imun  badan  kita. Mengambil suplemen boleh membantu badan kita menambah imuniti yang berpotensi dalam memberi  nutrien  yang diperlukan badan kita kearah tahap yang optimum .



4. Suplemen lebih membantu dalam merawat punca sebenar masalah kesihatan, dengan selamat, semulajadi dan berkesan , daripada pengambilan ubat-ubatan penuh dengan bahan kimia yang berbahaya untuk merawat sesuatu penyakit yang terdedah kepada perubatan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kemaatian.

(Hasil dari pembacaan artikel-artikel di internet oleh pakar2 nutrisi. sharing is caring :) )







Menukar Jenama boleh mengubah hidup anda ..InshaAllah 



Penemuan Kajian 2007

Kajian menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil suplemen langsung berdasarkan empat penanda biologi kesihatan berasingan..









Kenapa ana memilih shaklee..seperti yang tertera dibawah.Ana percaya kepada jamu dan produk keluaran Malaysia..Seperti atuk nenek kita yang mengamalkan jamu atau akar2 kayu.Mereka sihat dan alhamdulilah dipanjangkan umur.Dalam umur ana, kita dibesarkan dan diperkenalkan ubat -ubatan atau vitamin yang berbentuk kapsul..dan ada sesetengah jamu & suplemen yang tidak diterima oleh tekak yang ana sensitif ni, bukan hanya kerana bau sahaja malah  rasa yang kuat atau juga sukar utuk ana terima.Jenama shaklee seperti jamu2 yang dipermodenkan dengan mengunakan teknologi tinggi ,InshaAllah Sentiasa selamat,Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam...





     

Lawati page kami 2 Sisters-Saudi/Malaysia

https://www.facebook.com/pages/2-sisters-Saudi-Malaysia/219581031571358


Untuk maklumat lanjut tentang Shaklee boleh ke website Shaklee Malaysia

http://www.shaklee.com.my/bm/main.asp



                                      Safura Khir



Wednesday, 23 April 2014

Pengenalan Part 1



Penyediaan blog yang terpaksa.Bukanya apa, tak tahan nak dengar leteran Mommy..orang kedah kata beleteaq..Hehehe sapa mommy tu ya?..InshaAllah nanti ana kenalkan mommy yg kecik molek tapi berjiwa besar :).Biasalah angka dah masuk 3.bukan sweet 18 lagi nak menulis , nak berceloteh , nak tulis macam blogger yang lain.Takut bahasa yang tulis tidak menepati citarasa pembaca blog..Pernah memiliki blog berbayar tetapi lebih kepada perniagaan online dan hanya dapat bertahan setahun lebih.Lepas tu biarkan ia terkubur dek alam maya..InshaAllah harap percubaan ini berjaya dengan coretan-coretan ana serta pengalaman ana yang dapat dikongsikan di sini..



Sebelum ana tulis panjang lebar, nak bercerita latarbelakang ana si empunya blog safurakhir. Dilahirkan di Parit 10,Pasir Panjang, Sabak Bernam Selangor ..Kalau dok kat sabak bernam, orang akan bertanya Banjar or Jawa ? Ana orang Melayu , Abah orang banjar manakala emak ore klate..Nak berbahasa banjar pun tak tahu , nak berbahasa klate pun bunyi siam..(paham2 jelah).Di besarkan di Kuala Lumpur, Rawang & akhir sekali keluarga menetap di Pekan Koboi yang penuh dengan sejarahya..Bandar kecil Kuala Kubu Bharu 'kalau pegi kuala kubu,tulis nama atas batu' tu yang dulu kalau orang datang kuala kubu untuk bermandi manda, penuhlah batu-batu diconteng nama..hihihi 

 

Pekan Kuala Kubu Bharu
 (credit photo to Kuala Kubu Bharu Page)

Pekan Koboi tetap seperti 10 tahun dahulu, walaupun ana balik setahun, dua tahun sekali,perubahannya tidak banyak.Bandar kecil yang tenang & damai , tidak terlalu sibuk kalau bukan hari-hari biasa.Pekan kecil yang menjadi tempat karyawan filem/drama/iklan datang untuk membuat pengambaran.. :)

Bersekolah di sini dan dapat menyambungkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia  (Skudai Johor) dalam bidang Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang telah membawa ana jauh ke Tanah Arab.Belajar pun dah kira jauh di selatan Malaysia , berkerja di KL selama 2 tahun dan ditawarkan ke Dubai untuk projek 'MasterPlanning'..Alhamdulillah semua ini adalah rezeki dari Allah,walaupun ana bukan pelajar yang hebat berbanding sahabat2 lain yang sealiran..Kalau suruh lukis pokok , kemungkinan pokok ana tu nampak macam biasa2 aja.Kalau suruh landscape design pun biasa2 aja. Jujur ana katakan Hand sketch .%/?%&^......... hehehe kurang cantik ,tetapi dengan kesungguhan dalam meminati landskap ana belajar membuat semua design dengan mengunakan computer.'Di mana ada kemahuaan Di situ ada jalan',belajar usaha.usaha dan usaha lagi ,InshaAllah akan membuahkan hasil dikemudian hari.....




Landscape Images
(I Love Landscape Architecture)


Safura Khir