Assalamualaikum
Riyadh dilanda sandstorm,hujan turun membawa pasir-pasir halus membasahi bumi.Hari ini di sekolah anak-anak ada Grand Nasheed Show.Seperti biasa ibu-bapa kena sediakan costume untuk setiap aktiviti yang diadakan di sekolah.Rasanya setiap bulan memang ada event yang membuatkan hati anak2 kecik seronok nak pergi school.Pencarian dah dimulakan 3 minggu lepas lagi,buat si kakak Dafina (white long dress) & faqiha pink shirt & black puffy skirt..Untuk kakak mmg senang nak cari,cuma faqihah puffy skirt tu,maklumlah besar sangat Riyadh ni,mall pun besar2 nak cari satu2 kedai memang lah malas memandangkan ramai sahaja orang setiap masa.Orang kat Riyadh ni memang suka shopping kot,lagi2 selalu ada sale di setiap butik.Oleh kerana skirt faqiha yang tidak dapat dicari ,bermula DIY aktiviti ibu yang suka men'design' sesuatu.Nasib baiklah En hubby selalu menyokong apa sahaja yang dibuat oleh isterinya..bukannya apa,setiap barang dan keperluan semuanya dibeli oleh suami,maklumlah kami wanita di sini memang tidak boleh memandu..nak keluar,nak beli barang,nak pergi saloon , semuanya en hubby yang kena hantar.Ada juga yang ada driver sendiri or teksi2 yang memang mereka dah trust untuk hantar kemana-mana.Tapi ana lebih selesa keluar bersama suami & anak2 buat aktiviti bersama..Rasa kelakar pun ada , bila kami gaduh2 'manja' kat kedai kain untuk carikan yg terbaik buat anak2.. :)



No comments:
Post a Comment