Cerita hari Sabtu lepas.Selepas menikmati sushi yang enak di hari jumaat,pastinya chef tak bertauliah masuk balik ke kitchen..Menu yang ringkas tapi sedap (puji diri sendiri) udang masak butter bercili..yummy.Dipertengahan makan tenggahari tetiba phone en hubby berbunyi.Keluarlah bahasa arab,tung tang tung tang dengan tuan tanah..Ingatkan tuan tanah nak minta sewa rumah hihihi ,rupa-rupanya dia tanya ada tak dirumah ,dia nak naik atas bagi makanan..Tuan tanah tinggal di bawah rumah ,kami menyewa di atas rumahnya.Rezeki hari sabtu kami,bubur Arab.."Jareesh".
It's a traditional Saudi food especially in central reigion.
Selepas Asar kami terus melakukan aktiviti kami ke pasar basah, membeli ikan,sayur sayuran serta buah-buahan.Macam-macam ada,daging unta,kambing ,ayam, ikan semuaya ada.seperti biasa pilihan kami sekeluarga ikan kembung,nasib baik masih ada lagi dan masih lagi ok walaupun dah petang.Pak arab tak makan ikan kecik2 ni...Mereka makan ikan besar sahaja, beli dibersihkan dan siap ada perkhidmatan membakar ikan.Bestkan dah beli ikan siap masak lagi dan disertakan nasi sekali..bolehlah makan di 'park'.........
fruits,camel meat ,chicken @ Riyadh market
Meneruskan perjalanan, minum petang ,jalan-jalan dan singgah di Masjid untuk solat Maghrib.Dah berbulan-bulan pakaian lama ana asingkan untuk disedekahkan.Alhamdulillah hari ini tercapai juga hasrat untuk memasukkan pakai lama yang masih elok ke dalam peti-peti besar yang disediakan dia luar Masjid. :)
Blue boxes
Masih lagi meneruskan aktiviti kami sebelum waktu Isyak,singgah sebentar di kedai cermin mata..Nama pun kedai cermin mata,berpinar-pinar mata nak cari sunglasses ..Hubby membeli, ana pun menumpang sekaki ,maklumlah mata ana ada masalah silauan, lagi2 di sini panasnya amatlah terik..yang mana pilihan hati..huhuhu .versace,prada,gucci,bvlgari....bla bla..kalaulah bukan kerana Insurans yang bayar,ana beli sunglasses cap ayam aja...ehhh ada ke cap ayam..hihihi beli kat pasar malam jelah jawabnya..
Sunglasses
Apa yang ana ceritakan tetang sunglasses yang berjenama bukanlah untuk menujuk,tapi nak berkongsi buat mereka di Malaysia ,sekiranya sesiapa yang ingin berkerja di negara-negara Timur Tengah.Tengok package yang ditawarkan terutama sekali salary, allowances & Insurance.Kene tengok contract family or single.Kalau ditawarkan gaji yang tinggi,tapi insurans kelas C..apa dimaksudkan kelas C,contohya hospital 2 bintang,glasses dan gigi juga tiada dalam insurans.Untuk pengetahuan semua,kos hospital dan ubat-ubatan disini memang mahal.Sesiapa yang dapat tawaran ke sini ,nak bertanya lanjut tentang contract dengan kami,bolehlah hubungi kami,manalah tahu kami dapat bantu dan kongsi apa yang kami tahu..Kami orang Malaysia ,sangat berbesar hati kalau dapat membantu sesama 'Malaysian'...:)
Safura Khir