Assalamualaikum
eh ada sambungan lagi.hihihi,macam tergantung jer cerita di UAE..2 tahun 'honeymoon',bila balik Malaysia untuk tahun kedua semua orang dah start tanya..bila lagi nak bertiga,tak kan nak honeymoon je kan..Kalau lah kita tahu rezeki Allah tu,dah boleh nak jawab kalau orang tanya.Ialah orang lain lepas nikah dah lekat anak.Kami ni dah 2 tahun kawen masih belum ada zuriat.Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.Alhamdulillah masuk tahun 3 perkahwinan kami, Allah mengurniakan cahaya mata pertama kami seorang puteri yang diberi nama juga puteri-Wan Nur Amirah Dafinah. Dilahirkan di Oasis Hospital Al ain,Abu dhabi UAE.Menurut senior yang dah lama menetap disitu, ini lah anak pertama 'Malaysian' yg lahir di Al ain.. :)..Nak dikatakan rezeki anak, kami berdua ditawarkan untuk join dalam satu Architect Company ,bahagian landscape.ShankLand Cox ,company yang bagus,dari CEO , Director,Architects,Engineers semuanya hebat-hebat, banyak yang ana pelajari .Rasa bangga berada bersama denga mereka yang hebat.setahun selepas Amirah Dafiah dilahirkan ,kami dikurniakan puteri
ke-2,Nur Amirah Faqihah yg dilahirkan di hospital yang sama dengan kakaknya.Walaupun mereka dilahirkan di tanah Arab,mereka tetap warganegara Malaysia..2 tahun kemudian lahirlah Wan Nur Amirah Afifah di Alor Setaq ,Kedah.,Alhamdulillah ada juga anak yg di lahirkan di Malaysia.
Selepas beberapa tahun di UAE kami berhijrah ke Saudi Arabia dan diberikan rezeki anak lelaki yang diberi nama Wan Mohamad di lahirkan di Riyadh...Dah 2 tahun kami di Saudi,Alhamdulillah kami gembira tinggal di sini,tetapi jauh dari sudut hati memang rindu Malaysia terutama Mak Abah & adik beradik yang lain. :) InshaAllah nanti ana kongsikan pengalaman kami di Saudi buat sahabat2 di Malaysia......

Aktiviti kami di pagi jumaat & sabtu
Ayah,Nur Amirah Afifah,Mohamad,Wan Nur Amirah Faqihah,Wan Nur Amirah Dafinah
Safura Khir


No comments:
Post a Comment