Sunday, 15 June 2014

Deira Souq

00.25am Riyadh
Cerita di hari Jumaat.
Hari Jumaat adalah hari cuti di Saudi. (Dan hari cuti buat chef dari memasak ) Aktiviti hari itu adalah misi mencari souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia. Untuk mengelakkan traffic kami bertolak awal ke Deira Souq dimana kedai2 akan memulakan perniagaan selepas solat Asar.Deira Souq dikenali juga the Clocktower souq, dimana clocktower terletak berdekatan dengan square area..Ia sebenarnya a beautiful square yang dibina dengan classic Saudi style. The square is known to Westerners as "Chop Chop Square" tempat pancung bagi pesalah-pesalah yang melakukan jenayah di Saudi Arabia..Tempat pancung yang asal ini telah diubah kepada public square dimana senibina disekeliling telah dibina bagi mencerminkan Architecture di Tanah Arab..




Next to the square is Al Musmak Castle. Ianya kelihatan seperti sandcastle yang telah ditukarkan kepada nice little museum.Kami tak pernah masuk , memandangkan tujuan utama membeli belah. .Dari cerita sahabat lain , didalamnya seperti maze dari ruang ke ruang yang lain..Rasanya sama seperti Castle2 di Dubai & Abu Dhabi yang pernah kami lawati..But InshaAllah sekiranya ada kesempatan waktu, kami akan lawati museum kecil ini..

Dari parking area kami mencari kedai berdasar cakap mulut dengan sahabat kami..
Padahal kedainya tak lah jauh dari parking,tp disebabkan kami bertanya dengan orang sekeliling , ditujuknya kami..sida sida (terus2) kami pun terus sahaja mengikut rentak kaki sehingga kami sampai ke Perfume souq..Satu building kesemuanya jual Perfume..Yang pastinya Perfume kat sini original dan murah dr Malaysia..hehehe..Bersebelahan perfume souq terdapat juga kedai2 yang menjual oud (minyak wangi arab) serta kulit2 kayu yg dibakar untuk mewangikan kesekuruh rumah.. (ala2 kemiyan berbau wangi).Dari satu souq ke satu souq kami masuk..Souq pakaian ihram souq pakaian wanita dan kanak2..sehingga lah anak2 mengadu keletihan. .hehehe berpatah balik ke square area, call sahabat untuk bertanya kedai souvenir tadi..Seperti cerita di atas, padahal dekat sahaja dr parking kami tadi .Adakalanya bagus juga kami tersesat dari arah tujuan, bolehlah kami meluaskan pandangan sekitar Deira souq.. :)



Alahai souvenir shops yg dicari sangatlah comel..kecik kecik  sahaja kedainya..ala2 Dubai souq tapi taklah sebesar souq di Dubai or Oman yg pernah kami pergi..apa2 pun Alhamdulillah jumpa juga kedai yg dicari..singgah sebentar di Abaya souq mencari abaya untuk dipakai semasa di Malaysia nanti..Abaya & jalabiya with nice designs & acceptable prices .sedia duit ya en Hubby..hehehe tak dapat nak rakamkan pic sekitar souq.Al maklumlah tersalah tangkap gambar ada yang kene saman..Kami tidak boleh sewenang wenangnya mengambil gambar di public area , lagi2 tempat yang ramai wanita arab berniqab. :)

Pepatah melayu ada mengatakan malu bertanya sesat jalan..tapi kami setiap orang yg kami jumpa kami tanya..tapi sesat juga..Macam mana tu.. Senyum :)





Safura Khir


PENGUMUMAN!!!!!!!!!!!

Pengumuman!!!!!!

Segala Info berkaitan dengan Shaklee telah berpindah ke blog



Sekian,Harap Maklum







Safura Khir

Wednesday, 28 May 2014

GUESS HANDBAGS

Assalamualaikum , 11.35 Riyadh
Tatkala anak-anak sudah melelapkan mata,ibu mengambil peluang update blog ditemani LED light menyuluh  laptop  keyboard ku ...





GUESS dengan design yang terkini.



















Lawati page kami Ameera Abaya






                                        Safura Khir


** Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Safura Khir.- WhatsApp, Weechat,Telegram +961 541 630 452 atau Shahira Khir + 6017 343 2346/011 23147235  atau email kepada kami safurakhir@gmail.com **



Tuesday, 27 May 2014

Teatime Treats-Quick & Easy

Tea time campak-campak 

Alhamdulillah sedap :)

Resepi Eggs Benedict ala2 arab.


Bahan-bahan


6 keping tortilla 
2 biji telur
1/2 cawan fresh milk

untuk inti (mengikut citarasa)


1/2 cawan mushroom dipotong kecil2

1/2 cawan sosej with black pepper
1/2 cawan potongan ayam
garam secukup rasa

Topping


Shredded mozzarella cheese ...

Cara-cara

Letakkan sekeping tortilla ke dalam pan muffin. (direndam sedikit didalam fresh milk untuk mudah dibentuk)
Kacau susu dan telur. Masukkan inti, tuang ke dalam tortilla dan taburkan cheese diatas.(taburkan sedikit didalam inti tadi)
Bakar selama 20 ke 30 min atau sampai cheese warna keperangan .

Ingredients



Ingredients

Topping-Shredded mozzarella cheese

Topping-Shredded mozzarella cheese


Eggs Benedict
Teatime Treats-Quick & Easy


Eggs Benedict
Teatime Treats-Quick & Easy


Minum petang bersama tea Arab sedap juga..yummmy

                                        Safura Khir



Friday, 23 May 2014

Rehat sebentar dengan JAVA

Assalamualaikum,

Rehat dahulu sebelum buat entry Shaklee..:)
Hari ini kami dinner di Thailand Restaurant dengan tomyam goong yang ke ba bom..Rindu Malaysia..Ehhh tapi kat Malaysia tak dapat rasa Tomyam macam ni..hehehe.Habis dinner bergerak jalan-jalan ke market buah-buahan & sayuran..singgah kejab ke fish market kalaulah dapat beli ikan termenung, sampai ke kedai memang termenung seketika sebab kedai tutup..jawapannya esok pagi,InshaAllah ikan 'fresh' akan sampai..Rasa seronok tengok pasar ni,dari pagi hinggalah ke malam,masih lagi ada yang berniaga.:) Mata en Hubby terpandang pada buah yang besar ,warna merah isinya memikat hati untuk membeli untuk menghilangkan dahaga ..sapa sangka di negara yang panas buah tembikai boleh hidup kan !..bukan sahaja hidup malah rasanya manis serta didalamnya berair tidak kering walaupun kadang-kadang terlihat ianya dijual ditepi-tepi jalan di bawah panas terik..SubhanAllah, hebat ciptaan Allah buat kita sebagai hambanya..


Riyadh,Fruits market,Watermelon


Java Cafe drive thru

Java Cafe drive thru

Mohamad,Watermelon

12.47am..Tetiba Dafina bangun..I love u Ibu..ehhh terkejut ibu,ngigau ke dia ni..hehehe 



                                        Safura Khir



Wednesday, 21 May 2014

Pierre Cardin Handbags- Sale in 2 Days..

Assalamualaikum...


This time Ameera Abaya come with branded quality handbags 

Jangan lepaskan peluang !!! kali ini Ameera Abaya Saudi kembali dengan branded quality handbags buatan Pierre Cardin dari France! Terus dari Pierre Cardin Outlet Store, handbag kulit dengan pelbagai design dan warna terbaru harus dimiliki bagi mereka yang mementingkan gaya terkini. :)

SALE IN 2 DAYS- FIRST COME FISRT SERVE !






Pierre Cardin-Black Slim Bag




Pierre Cardin-Dark Brown Handbag





Pierre Cardin- Gold Satchel (typo error -from RM 1300 )


Pierre Cardin



Pierre Cardin


Pierre Cardin







Lawati page kami Ameera Abaya






                                        Safura Khir


** Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Safura Khir.- WhatsApp, Weechat,Telegram +961 541 630 452 atau Shahira Khir + 6017 343 2346/011 23147235  atau email kepada kami safurakhir@gmail.com **

Tuesday, 20 May 2014

Key chain oh Key chain


Assalamualaikum. .

Malam di Saudi...Inilah kerja ibu, menulis nama pada setiap key chain untuk dihadiahkan kepada sahabat-sahabat sekelas Amirah Dafina KG 3 & Amirah Faqiha KG 2 (British Islamic School)..Khamis ni adalah hari terakhir mereka di sekolah sebelum bercuti panjang untuk masuk ke semester baru bulan September nanti..Apa maksud tu ya..hehehe wahh tak sabar nak pulang ke Tanah Air tercinta,  berjumpa dengan Mak Abah , adik beradik , sedara - mara, sahabat handai dan yang kedua rindu adalah masakan Malaysia.. :) (Boleh gemuk ni duduk kat Malaysia dalam 2 bulan)

Al-kisahnya, Dafina seorang pemurah..setiap kali pulang mesti dia akan buat sesuatu untuk diberikan buat sahabat serta teacher di kelasnya..Kadang-kadang ibu pun terjebak dengan aktiviti kakak ni..Disuruh nya ibu buat envelope..painting..flower & banyak lagi..Satu hari balik dari school Dafina meluahkan perasaannya kat ibu..Ibu..Dafina luv Teacher Sukaina..Ibu macam dah dapat agak apa yang nak diperkatakan oleh Dafina..hehehe.Can we buy necklace for T.Sukaina & ring for my friends..terkebil - kebil mata ibu memandang anak ku yang sorang ni..Ibu pun jawab..Insha Allah we buy souvenirs for your teacher & friends...Memang sifat anak2, setiap hari dia akan tanya sehingga dapat apa yang dihajati di tunaikan..Sebagai Ibu , kita kena sabar dan tahu cara terbaik untuk menjelaskan sesuatu perkara dengan anak2..selalu bagitahu mereka..InshaAllah ..InshaAllah..

Lama juga barang yang ditunggu sehingga 2 bulan lamanya, ibu menasihati Dafina disuruhnya bersabar. .:) Alhamdulillah barang yang ditunggu telah sampai di Riyadh..Dafina sangat gembira melihat keychains yang melambangkan Malaysia. .Bukan Dafina sahaja yang dapat malah Faqiha pun tumpang sekaki dengan idea murni kakak nya yang sorang ni.Terima Kasih Uncle Khairul yang sudi melayan karenah ank2 kecil ini..Terima kasih juga buat Uncle Mie Mie yang menambah keychains yang kurang..Moga Allah membalas jasa kalian berdua..

Pos Laju



 Souvenirs


From Amirah Dafinah & Faqiha





Safura Khir

Saturday, 17 May 2014

My baby Mohamad turned One !!!

Alhamdulillah ...
Begitu cepat masa berlalu,Wan Mohamad turned One, pada 5th May yang lepas. .but we celebrated on 10th May.memandang hari minggu kakak2 dan ayah ada di rumah, boleh lah ibu menjadi masterchef tak bertauliah di dapur..Malam Jumaat masuklah ibu ke dapur membuat kek dengan kreativiti ibu sendiri buat baby Mohamad .....

Selamat Hari Lahir Mohamad.May Allah bless you Dunia Akhirat. .Ameen..Love you my sweetheart. .mmuuaaah


05052013, 3.75kg ,Sulaiman Al-Habib Hospital, Riyadh, KSA


 Mohamad-one-year-old

Baked with Love


Mohamad, Birthday Cake



Deco,Balloons, Bubbles


Siblings


Yummy


Sisters





Menyambut hari kelahiran Mohamad yang pertama dengan suasana yang sederhana sahaja , moga menjadi kenangan yang sangat bermakna buat kami sekeluarga



Safura Khir


Tuesday, 13 May 2014

Time to make cake pops!!!

Assalamualaikum

Bila time rajin,mulalah ibu jadi masterchef kat dapur..How to make cake pops cara paling mudah..memandangkan ana ada 4 orang anak2 yang aktif,ana mengambil langkah cara yang mudah untuk buat cake pops dengan mengunakan bahan yang dah ada..Dan seperti kebiasaan assistant chef (kakak dafinah)  akan membantu ibu nya di dapur..

Step 1- baking the cake...hehehe tak bake pun,amik sahaja cake yang ada..


Step 2- Making cake crumbs (assistant chef yang tolong buatkan)

Step 3-Preparing the cake dough.Add a small amount of nutella to your cake crumbs. 


Forming the cake pops,inserting sticks and freezing(lebih kurang 30 minutes)


Step 4-Melting the chocolate,Dipping . Decorate! Depending on what you’re using, you can sprinkle stuff on or roll the still wet candy coated ball in a bowl full of sprinkles or such like. Taaraaaaa siap cake pops di malam hari..



Safura Khir


Wednesday, 7 May 2014

Cerita hari Sabtu

Cerita hari Sabtu lepas.Selepas menikmati sushi yang enak di hari jumaat,pastinya chef tak bertauliah masuk balik ke kitchen..Menu yang ringkas tapi sedap (puji diri sendiri) udang masak butter bercili..yummy.Dipertengahan makan tenggahari tetiba phone en hubby berbunyi.Keluarlah bahasa arab,tung tang tung tang dengan tuan tanah..Ingatkan tuan tanah nak minta sewa rumah hihihi ,rupa-rupanya dia tanya ada tak dirumah ,dia nak naik atas bagi makanan..Tuan tanah tinggal di bawah rumah ,kami menyewa di atas rumahnya.Rezeki hari sabtu kami,bubur Arab.."Jareesh".


It's a traditional Saudi food especially in central reigion.



Selepas Asar kami terus melakukan aktiviti kami ke pasar basah, membeli ikan,sayur sayuran serta buah-buahan.Macam-macam ada,daging unta,kambing ,ayam, ikan semuaya ada.seperti biasa pilihan kami sekeluarga ikan kembung,nasib baik masih ada lagi dan masih lagi ok walaupun dah petang.Pak arab tak makan ikan kecik2 ni...Mereka makan ikan besar sahaja, beli dibersihkan dan siap ada perkhidmatan membakar ikan.Bestkan dah beli ikan siap masak lagi dan disertakan nasi sekali..bolehlah makan di 'park'.........


fruits,camel meat ,chicken @ Riyadh market



Meneruskan perjalanan, minum petang ,jalan-jalan dan singgah di Masjid untuk solat Maghrib.Dah berbulan-bulan pakaian lama ana asingkan untuk disedekahkan.Alhamdulillah hari ini tercapai juga hasrat untuk memasukkan pakai lama yang masih elok ke dalam  peti-peti besar yang disediakan dia luar Masjid.  :)

Blue boxes



Masih lagi meneruskan aktiviti kami sebelum waktu Isyak,singgah sebentar di kedai cermin mata..Nama pun kedai cermin mata,berpinar-pinar mata nak cari sunglasses ..Hubby membeli, ana pun menumpang sekaki ,maklumlah mata ana ada masalah silauan, lagi2 di sini panasnya amatlah terik..yang mana pilihan hati..huhuhu .versace,prada,gucci,bvlgari....bla bla..kalaulah bukan kerana Insurans yang bayar,ana beli sunglasses cap ayam aja...ehhh ada ke cap ayam..hihihi beli kat pasar malam jelah jawabnya..

Sunglasses

Apa yang ana ceritakan tetang sunglasses yang berjenama bukanlah untuk menujuk,tapi nak berkongsi buat mereka di Malaysia ,sekiranya sesiapa yang ingin berkerja di negara-negara Timur Tengah.Tengok package yang ditawarkan terutama sekali salary, allowances & Insurance.Kene tengok contract family or single.Kalau ditawarkan gaji yang tinggi,tapi insurans kelas C..apa dimaksudkan kelas C,contohya hospital 2 bintang,glasses dan gigi juga tiada dalam insurans.Untuk pengetahuan semua,kos hospital dan ubat-ubatan disini memang mahal.Sesiapa yang dapat tawaran ke sini ,nak bertanya lanjut tentang contract dengan kami,bolehlah hubungi kami,manalah tahu kami dapat bantu dan kongsi apa yang kami tahu..Kami orang Malaysia ,sangat berbesar hati kalau dapat membantu sesama 'Malaysian'...:)


                                                      Safura Khir

Sunday, 4 May 2014

Signature dish

Baked macaroni pengikat silaturrahim-Buat jiran ana..

Selalunya kalau bab-bab menukar hidangan ni,ana lebih prefer masakan yang simple buat jiran-jiran arab.Maklumlah mereka kurang makan pedas & kebanyakan masakan mereka ada rasa masam-masam sikit seperti tomato.Tapi bukan sahaja buat jiran,buat anak2 juga yang kurang makan nasi ,mereka lebih suka makan macaroni ataupun spaghetti..




Baked Cheese Macaroni

Ingredients

300 gm macaroni 
250 gm daging or ayam cincang 
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
200ml full cream milk 
200g Cheddar cheese (kraft)
Shredded mozzarella cheese
(bahan-bahan di bwh ni boleh adjust ikut kesesuaian.. )

½ carrot (dipotong dadu)
1 potato (dipotong dadu)
1 tin cendawan butang
minyak zaitun utk menumis & garam

Preparation:

Macaroni direbus bersama sedikit minyak zaitun for 5 minutes until half-cooked.
Tumiskan bawang besar tadi sehingga naik bau.
Masukkan daging or ayam cincang tadi sehingga separuh masak….
Then masukkan carrot ,potato, & cendawan ,kacau rata sehingga daging masak..
Selepas itu masukkan susu, Cheddar cheese & garam.. kacau rata 
Masukan macaroni dan kacau hingga mendidih….
Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak zaitun..
Taburkan Shredded mozzarella cheese diatasnya
Bake uncovered until the top is brown…..
Taraaaaa Sedia utk dihidangkan! 

Bolehlah makan dgn cili sos..ana suka yg original




Dan jiran ana membalas ala2 Baked cheese macaroni,tapi mengunakan spaghetti dan telur sedikit cheese dan dibakar dalam oven...






Begitulah adat hidup berjiran,walaupun kami bercakap seperti ayam ngan itik..hihihi silaturrahim tetap terjalin sesama muslim...



Safura Khir

Thursday, 1 May 2014

Puffy Skirt

Assalamualaikum

Riyadh dilanda sandstorm,hujan turun membawa pasir-pasir halus membasahi bumi.Hari ini di sekolah anak-anak ada Grand Nasheed Show.Seperti biasa ibu-bapa kena sediakan costume untuk setiap aktiviti yang diadakan di sekolah.Rasanya setiap bulan memang ada event yang membuatkan hati anak2 kecik seronok nak pergi school.Pencarian dah dimulakan 3 minggu lepas lagi,buat si kakak Dafina (white long dress) & faqiha pink shirt & black puffy skirt..Untuk kakak mmg senang nak cari,cuma faqihah puffy skirt tu,maklumlah besar sangat Riyadh ni,mall pun besar2 nak cari satu2 kedai memang lah malas memandangkan ramai sahaja orang setiap masa.Orang kat Riyadh ni memang suka shopping kot,lagi2 selalu ada sale di setiap butik.Oleh kerana skirt faqiha yang tidak dapat dicari ,bermula DIY aktiviti ibu yang suka men'design' sesuatu.Nasib baiklah En hubby selalu menyokong apa sahaja yang dibuat oleh isterinya..bukannya apa,setiap barang dan keperluan semuanya dibeli oleh suami,maklumlah kami wanita di sini memang tidak boleh memandu..nak keluar,nak beli barang,nak pergi saloon , semuanya en hubby yang kena hantar.Ada juga yang ada driver sendiri or teksi2 yang memang mereka dah trust untuk hantar kemana-mana.Tapi ana lebih selesa keluar bersama suami & anak2 buat aktiviti bersama..Rasa kelakar pun ada , bila kami gaduh2 'manja' kat kedai kain untuk carikan yg terbaik buat anak2.. :)


Kat luar sandstorm, dalam rumah pun ribut juga..afifah oh afifah




Bermulalah aktiviti melukis,memotong & menjahit (sewing machine ank punya - only sr30)




tadaaaa... Are you ready !!!!! (nasheed kat sini tak pakai jubah ya, event tertutup hanya di sekolah) 




Safura Khir