Penyediaan blog yang terpaksa.Bukanya apa, tak tahan nak dengar leteran Mommy..orang kedah kata beleteaq..Hehehe sapa mommy tu ya?..InshaAllah nanti ana kenalkan mommy yg kecik molek tapi berjiwa besar :).Biasalah angka dah masuk 3.bukan sweet 18 lagi nak menulis , nak berceloteh , nak tulis macam blogger yang lain.Takut bahasa yang tulis tidak menepati citarasa pembaca blog..Pernah memiliki blog berbayar tetapi lebih kepada perniagaan online dan hanya dapat bertahan setahun lebih.Lepas tu biarkan ia terkubur dek alam maya..InshaAllah harap percubaan ini berjaya dengan coretan-coretan ana serta pengalaman ana yang dapat dikongsikan di sini..
Sebelum ana tulis panjang lebar, nak bercerita latarbelakang ana si empunya blog safurakhir. Dilahirkan di Parit 10,Pasir Panjang, Sabak Bernam Selangor ..Kalau dok kat sabak bernam, orang akan bertanya Banjar or Jawa ? Ana orang Melayu , Abah orang banjar manakala emak ore klate..Nak berbahasa banjar pun tak tahu , nak berbahasa klate pun bunyi siam..(paham2 jelah).Di besarkan di Kuala Lumpur, Rawang & akhir sekali keluarga menetap di Pekan Koboi yang penuh dengan sejarahya..Bandar kecil Kuala Kubu Bharu 'kalau pegi kuala kubu,tulis nama atas batu' tu yang dulu kalau orang datang kuala kubu untuk bermandi manda, penuhlah batu-batu diconteng nama..hihihi
Pekan Kuala Kubu Bharu
(credit photo to Kuala Kubu Bharu Page)
Pekan Koboi tetap seperti 10 tahun dahulu, walaupun ana balik setahun, dua tahun sekali,perubahannya tidak banyak.Bandar kecil yang tenang & damai , tidak terlalu sibuk kalau bukan hari-hari biasa.Pekan kecil yang menjadi tempat karyawan filem/drama/iklan datang untuk membuat pengambaran.. :)
Bersekolah di sini dan dapat menyambungkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (Skudai Johor) dalam bidang Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang telah membawa ana jauh ke Tanah Arab.Belajar pun dah kira jauh di selatan Malaysia , berkerja di KL selama 2 tahun dan ditawarkan ke Dubai untuk projek 'MasterPlanning'..Alhamdulillah semua ini adalah rezeki dari Allah,walaupun ana bukan pelajar yang hebat berbanding sahabat2 lain yang sealiran..Kalau suruh lukis pokok , kemungkinan pokok ana tu nampak macam biasa2 aja.Kalau suruh landscape design pun biasa2 aja. Jujur ana katakan Hand sketch .%/?%&^......... hehehe kurang cantik ,tetapi dengan kesungguhan dalam meminati landskap ana belajar membuat semua design dengan mengunakan computer.'Di mana ada kemahuaan Di situ ada jalan',belajar usaha.usaha dan usaha lagi ,InshaAllah akan membuahkan hasil dikemudian hari.....
Landscape Images
(I Love Landscape Architecture)
Safura Khir




No comments:
Post a Comment